Rabu, 21 September 2016

Mencari Tuhan yang Satu

0 ulasan
 
Nak cari tuhan tidak perlu keluar sampai 40 hari atau 3 hari. Kadang-kadang kita selalu salah tanggap tentang jalan mencari tuhan, berapa ramai orang yang menganggap perlunya keluar selama beberapa hari untuk membersihkan hati di masjid-masjid yang terpilih. Kita lupa bahawa dakwah nabi tidak begitu rentaknya. Dakwah nabi lebih luas sifatnya, lebih sempurna ragamnya. Tidak seperti yang kita faham, apakah nabi menganjurkan kita perlu keluar beberapa hari yang di tetapkan untuk bertemu tuhan menyucikan hati? Rasulullah SAW pernah berkhalwat di Gua Hira'  baginda tidak lama di situ. Baginda menjalankan dakwah dalam pelbagai dimensi - pelbagai pendekatan.
Baca Lagi

Kita akui kebaikan jemaah tabligh tapi jemaah tabligh bukan satu-satunya jemaah yang mendukung kesyumulan dalam berdakwah. Lagi pula kitab rujukan yang di gunakan oleh jemaah tabligh hanya satu iaitu Fadhail A'mal dan majoriti orang-orang tabligh tidak suka mencari ilmu selain dari Kitab Fadhail A'mal. Ini satu kejumudan dalam memahami Islam yang bersifat universal, sarwajagat, bersifat global, Syumul dan Kamil - lengkap dan sempurna. Dakwah tabligh hanya menumpukan pada soal khuruj(keluaq beberapa hari) dan tentang kelebihan beramal. Sebahagian yang ada dalam kitab tersebut ada yang terlalu dhoif. Ada beberapa pandangan yang di ambil dalam kitab Fadhail A`mal tidak bersumber. Jadi kitab tersebut bukanlah kitab hadis yang muktabar.

Untuk mencari tuhan -  Cukup dengan kita sentiasa muhasabah diri, tahu tentang apa peranan kita, tujuan Allah ciptakan kita, tugas-tugas yang Allah perintahkan, ke mana kita akan meneruskan perjalanan selepas kematian kita. Memahami Islam dengan cara yang syumul sebagai mana ajaran nabi itu lebih mulia sifatnya berbanding fahaman mencari tuhan hanya perlu keluar beberapa hari. Apakah selepas kita balik ke rumah. Tuhan sudah tiada dalam hidup kita sehinggakan terpaksa keluar semula beberapa hari untuk mencari tuhan? Apakah itu yang di ajar oleh Rasulullah SAW sebegitu rupa? Di mana sandaran sahih kita ambil? Suruhan nabi yang mana untuk kita di jadikan pegangan dalam kita khuruj beberapa hari? Apakah Islam bersifat seperti yang demikian? Kembalilah pada kesyumulan Islam.

Dakwah Islam tidak semestinya dengan kita keluar 3 hari, 40 hari ataupun 3 bulan. Kita ada peranan masing-masing dalam berdakwah. Duduk dekat rumah jugak kita boleh berdakwah tanpa perlu keluar, kalau kita hanya memahami dakwah Islam itu hanya keluar beberapa hari  maknanya itu fahaman dakwah yang sempit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
  • Qalbinada` 2016
© 2016. Design by Main-Blogger - Blogger Template and Blogging Stuff