Isnin, 26 September 2016

Tazkirah

0 ulasan
 
Terkadang apa yang ringan bagi kita, ternyata berat bagi orang lain.

Sebaliknya, terkadang apa yang bagimu berat, ringan pula bagi orang lain.

Maka, salinglah menghargai.

Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan. Jangan merasa paling menderita, jangan merasa paling hebat. Yang membezakan kita, hanya keimanan dan ketakwaan.

Khamis, 22 September 2016

Puisi - Sang Agama

0 ulasan
 
 Sang Agama


Pabila agamawan mendabik dada
Semuanya tidak kena
Orang lain tak betul belaka
Sombong entah apa apa
Aduh... Mengapa ya?

Sang agamawan
Rasa diri sempurna
Pewaris nabi kata mereka
Jangan ingkar bicara
Nanti buruk padahnya
Lawan agamawan
Lawan Tuhan!
Faham?!!

Hahaha
Gelihati
Agamawan song sang
Umat lintang pukang
Ilmu bergantang
Tapi tak boleh tumpang
Sayang...
Butir katamu semua wang
Sepatah bicara di bayar sekupang

Hehehe
Tersenyum simpul sudah melekat
Agamawan hatinya karat
Seulas nasihat
Di tolak bulat bulat
Katanya akan di laknat
Kami ini pewaris Nabi Muhammad

Alahai
Umat sesat dalam cahaya
Andai ini gayanya
Sang agamawan yang banyak ilmunya
Langkah setapak wang sudah tersedia

Ustaz Aswady bin Mohamed
22 September 2015 (8 zulhijjah 1436)
Selasa

Rabu, 21 September 2016

Mencari Tuhan yang Satu

0 ulasan
 
Nak cari tuhan tidak perlu keluar sampai 40 hari atau 3 hari. Kadang-kadang kita selalu salah tanggap tentang jalan mencari tuhan, berapa ramai orang yang menganggap perlunya keluar selama beberapa hari untuk membersihkan hati di masjid-masjid yang terpilih. Kita lupa bahawa dakwah nabi tidak begitu rentaknya. Dakwah nabi lebih luas sifatnya, lebih sempurna ragamnya. Tidak seperti yang kita faham, apakah nabi menganjurkan kita perlu keluar beberapa hari yang di tetapkan untuk bertemu tuhan menyucikan hati? Rasulullah SAW pernah berkhalwat di Gua Hira'  baginda tidak lama di situ. Baginda menjalankan dakwah dalam pelbagai dimensi - pelbagai pendekatan.
Baca Lagi

Isnin, 12 September 2016

Cebisan Hikmah Imam Syafie

0 ulasan
 


Telah berwasiat Imam Syafie berkaitan dengan ilmu. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjaga kau dan membuatkan kamu cemerlang di dunia dan di akhirat. Selain itu ia menjadi amaan para nabi, rasul dan orang-orang soleh.

Saranan Imam Syafie ini bertepatan dengan apa yang di wahyukan oleh Allah pada awal penurunan wahyu. Ini kerana kalam itu berkehendakkan kita mencari ilmu. Pencarian ilmu di masa kini melalui kepelbagaian medium memudahkan kita untuk mendapatkannya. Pencarian ilmu sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Syafie dapat melahirkan insan yang cemerlang dunia dan akhirat apabila ilmu itu dijadikan sebagai pemangkin mendekatkan diri dengan Allah azza wa jalla.

Oleh itu marilah kita tanamkan dalam diri agar mencintai ilmu dgn menghadiri majlis-majlis ta'alim yang ada di sekitar kita. Moga-moga kesungguhan dalam mencari ilmu dengan ikhlas dapatlah kebenaran itu dekat di hati. Seterusnya dapat di aplikasikan dalam kehidupan seharian. Apabila kita mengaplikasikan amal soleh dalam kehidupan, iman akan berpeluang untuk di naiktarafkan

Wallahu a'lam
Ustaz Aswady Bin Mohamed
(qalbinada'..)
Tarikh: 12 September 2016
 
  • Qalbinada` 2016
© 2016. Design by Main-Blogger - Blogger Template and Blogging Stuff